Pages

Sunday, March 14, 2010

Tautan Hati

Assalamualaikum....
kawan2..

Awak tahu tak pasal tautan hati?
Bila orang sana sakit, Allah akan gerakkan hati awak untuk turut sama berasa sakit.
Bila orang sana sedih, Allah akan hadirkan juga perasaan sebak tu.
Dan itu berlaku antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin.
Saya tak tahu samaada ini pernah terjadi kepada sesiapa.
But, saya pernah rasa macam mana. Saya tak minta. Saya tak pohon.
Tapi, kenapa bila orang sana ada apa2 masalah.. Hati saya tersentuh..
Kami terpisah antara negara. Saya tak fikirkan dia pun.
Saya buat kerja saya macam biasa. Tapi, tiba2.. Saya menangis..
Mungkin orang yang tak tahu akan cakap saya sewel.
Tapi saya tahu perasaan sedih ni, sakit ni, sebak ni bukan dari diri saya..
Saya tak tahu nak terangkan macam mana..
Ini semua sebab kerana sayang ke? Saya ada sampai termimpi..
Walhal, saya tak fikirkan dia sebelum tidur tu. Tapi, dia datang dalam mimpi..
Ya Allah.. Hati ni lagi-lagi laa.. Kenapa terasa orang kat sana ada masalah?
Sungguh senget perasaan ni.

Perasaan ni menyeksakan sebab saya taknak ambil tahu apa2 pasal dia.
Saya taknak tahu dia mati ke hidup ke sebab saya takde medium untuk menghubungi dia.
Allah kan medium kita? Tapi.. Saya dah takde hati.. Hehe..

Saya cakap kat Allah,"Allah, Kau hilangkanlah tautan hati ni. Jangan biarkan hati aku ni tersentuh lagi pada keadaannya. Lenyapkanlah dia dari ingatanku. Susah sangat nak tahu perihal dia, maka hilangkanlah semuanya. Jangan biarkan hati ni terdetik untuk mengambil tahu perihal dia. Jangan biarkan hati ni resah bila tahu keadaan dia yang ada masalah. Jangan sentuhkan hatiku untuknya. Perasaan ni membuatkan aku menderita. Ya Allah.. Maafkan aku.. Hilangkanlah perasaan ini supaya aku tak malu untuk menghadap-Mu.."

Perasaan cinta tu bukannya kita nak.. Saya tak pernah minta. Tapi tetap datang.
Ni lah fitrah. Saya ni bukan jenis mudah.. Hehe.. So, kalau kena.. Waaaaa..
Akan sakit dan sakit.. Dan akan larikan diri.. So, jadi senget sebentar..
Maka, dari dulu.. Cakap kat hati,"Wahai hati, elok-elok berjalan, jangan sakit lagi.. Dan, jangan malukan diri lagi depan Allah.. Rindu, sayang dan cinta tu.. Kenalah hanya untuk Allah.."

Mestilah malu.. Boleh pula teringat kat dia. Rindu kat dia. Eh, pada Allah ada perasaan yang sama tak? Rasa rindu dan cinta pada Allah tu melebihi rindu dan cinta kepada dia tak?

Sebenarnya.. Cakap macam tu untuk kukuhkan hati dan juga niat.. Marilah sama-sama sebut,"Aku cinta Allah.. Aku rindu Allah.." Setiap masa..

Jatuh cinta tu menyakitkan.. Dan kalau nak sembuh it takes time. Boleh sembuh.
Allah kan ada.. Luahlah semua.. Masa rindu kat dia, tanyalah Allah.. Kalau perlu, terusan minta pada Allah untuk hilangkan perasaan tu..

------------------------------------------------------

Saya pernah ditanya dan dijadikan tempat meluahkan perasaan tentang cinta.
Ramai yang tanya, antaranya sahabat2 dari sini. Kebanyakannya tru ym..
Dan pernah ada seorang sister ni kata.. Dia akan tunggu lelaki tu.. Dia takut kalau dia kahwin dengan lelaki lain, dia tak boleh nak cintakan lelaki lain tu macam dia cintakan kekasihnya yang dulu. Ya Tuhan.. Inilah bahayanya cinta.. Kamu perlu letakkan cinta kamu pada tempat yang betul. Kalau tak letakkan sesuatu pada tempat yang betul, itukan zalim namanya.

Cinta.. Adakah cinta tu boleh dipupuk? Boleh disemai? Tak kenal maka tak cinta kan?
Tak kenal Allah, maka takkan cintakan Dia.. Sama juga.. Jika ada seseorang yang akan hadir dalam hidup kita nanti sebagai kekasih yang halal, maka.. Cubalah mencintai..
Dan tanyakan diri.. Cinta ini kerana nafsu atau kerana Allah?

Susahnya kalau nak belajar mencintai seseorang.. Haha.. Macam paksa diri menyukai sesuatu subjek yang susah tahap gaban. Yang kita langsung tak minat. Anyway, belajar subjek ke, belajar untuk mencintai ke untuk apa semua tu?

Sebab hobi?
Sebab suka?

Eh, taklah.. Sebab PERLU kerana Allah..

Kalau perasaan ni sangat menyusahkan awak. Takde jalan lain. Tanya dia.
Then, bersiap sedialah menghadapi sebarang jawapan. Dia sedang tunggu seseorang kan? Kalau saya ditempat awak, saya takkan menaruh harapan lagi pada dia.
Ramai lelaki yang mudah buat baik dengan perempuan. Ramai yang saya jumpa.
Tapi adakah tu tanda mereka menyintai saya? Eh, tentulah tidak.. Hehe..
Semua tu adalah atas dasar kawan semata-mata.. Jadi, pesanan saya yang terakhir..

Jangan mudah rasa terharu untuk mencintai dan terus mendambakan seorang yang istimewa. Naturalkan hati.. Jika mahu terharu, alihkan rasa terharu itu pada Allah...

"Ya Allah.. Kau Maha Penyayang kerana hadirkan aku sahabat-sahabat yang sangat baik hati dan sentiasa suka menolong. Terima kasih Ya Allah.. Sayangilah mereka.."

Ada seorang sahabat lelaki saya berikan saya keyboard piano. Wut do u expect?
Kompem sangat ramai cakap, yang sahabat ni sukakan saya.. Cintakan saya n bla7~
Sesungguhnya tidak.. Dia memang sangat baik dengan semua orang..
Memang dia jenis baik camtu, nak buat camne.. Dan hati ni takde la terharu sampai nak jatuh cinta.. Cinta tu berputik bukan sebab benda tapi hadir secara semula jadi..
Dia bagi keyboard piona dia yang 1st sebab dia dah beli piano yang baru..
N because of that, saya belikan dia sebuah buku tazkiyatun nafsu..
Dia memang tak suruh bayar, tapi.. Orang berbudi, kita pun kena berbudi..
Berikan dia sesuatu supaya saya takkan rasa bersalah.. gembira
Buku tu sangat banyak mengajar hati saya, so i wish..
Benda yang sama akan berlaku pada sahabat tersebut..

Hari tu pergi talk Mars & Venus.. Speaker tu ada cakap.. Orang perempuan ni, jika dia dah jatuh cinta, dia akan sayang sesayangnya.. Dia akan setia. Kalau dia jatuh cinta pada seorang lelaki dan itulah cinta pertamanya.. Dia akan kenang lelaki tu sampai bila2.
Selamanya.. Lelaki tu akan sentiasa ada dalam hatinya..
[Here.. Saya bangkang habis-habisan dalam hati.. Tipu.. Tak semua orang sama~]

Lagi katanya.. Sebab tu lah jangan tersalah jatuh cinta. Jangan jatuh cinta sebelum kawen. Sebab takut nanti takleh nak cinta pada suami tu sepenuh hati.

Didatangkan kisah Asiah. Tika Asiah diseksa oleh Firaun, apa yang Asiah minta?
Asiah minta pada Allah sebuah mahligai di syurga.. N Asiah tak minta pun ada suami yang soleh temankan dia.. Sebabnya.. Kata penceramah ni laa.. Sebabnya, Firaun masih bertakhta di hati Asiah.. Wallahu'alam.. Saya dalam dua nak percaya ke tak.. (-__-)
Tapi kenyataan ni sangat menghempuk saya la..

Saya ada baca juga satu buku kompilasi kisah2 penghuni Raudhatus Sakinah..
Dalam tu, banyak diceritakan macam mana peremuan mudahnya bersimpati pada lelaki..
Dan dalam mudahnya bersimpati tu la.. Ada lelaki2 yang mereka cintai telah merayu untuk diberikan sesuatu.. Itulah mahkota wanita.. Semua ini direlakan kerana apa?
Kerana cinta.. Perempuan mudah bersimpati.. Mudah memberi..

Mungkin ramai yang cemuh sikap itu.. Saya tak tahu.. Tapi, dalam diam saya sangat kagum dengan sifat yang Allah bagi ni.. Kerana mudahnya sayang, mudahnya bersimpati, mudahnya mengasihani.. Inilah mereka yang Allah pertanggungjawabkan untuk menjadi ibu. Yang sanggup susah payah bawa baby hulu hilir selama 9 bulan.. Tak kira betapa sakitnya nak melahirkan seorang insan lagi..

Cumanya, bila semua perasaan halus seorang wanita itu disalahtempatkan..
Tu yang jadi kes buang bayi, anak haram.. Sayangnya.. Semua perasaan tu kalau boleh dipelihara untuk yang sah dan untuk satu hubungan yang diredhai Allah, maka.. Takkan ada lagi bayi-bayi yang berada di tong sampah, yang dimamah gagak, yang terlantar di longkang..

P/s: Saya buang tebiat menaip panjang.. Terlari 100 meter dari topik. Gomen~ sad

---------------------------------------------------

Jangan lupa, kena berusaha juga untuk jodoh. Jangan hanya tunggu dia.
Buka ruang awak. Dan, sentiasalah cakap kat ibu.. "Ibu, doakan lea dapat suami yang soleh ya.. Yang dapat bimbing lea dan anak2 lea ke syurga.. Yang dapat jadi penyejuk hati dan mata ibu.. Doakan lea ya ibu.. Lea nak seseorang yang cintakan lea kerana Allah.."

Doa ibu sangat superb + mujarab jiddan!!
Kalau perlu.. Minta ibu tolong carikan sama.. Heee..grin

Dearest lea, moga kamu milik dan idaman yang soleh.. Aminn.. gembira



P/S: KARYA NISA_88 (ILUVISLAM) 

5 comments:

Anonymous said...

что там такое?
не понятно

azamlaplak said...

oh.. ade blog.. huhu


=]

.Miss N. said...

fakh sygg, aku bce 2 paragraph aje. pastu dh xlalu. haha! kau ny puwn. nty kte bncg hal ini ok. ciap kau!

fakhrullah said...

aku sedih pun ko nk kenakn aku ek,,,huhu

Ayue Aishah said...

salam... gigih ayue bace smpai habis entry ni.. hehehe...
wawawawa.... tahniah utk sy..
such a nice story..