Pages

Friday, September 3, 2010

Bukan Cinta Biasa!

BUKAN CINTA BIASA!




Dipegang jubah suaminya.Matanya jernih marenung sayu."Apakah ini kerana Allah?"tanyanya hampir berbisik."Ya,wahai isteriku.Semua ini kerana Allah,"jawab suaminya lalu segera berlalu.Tanpa menoleh,tanpa berpaling.

Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi.Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim a.s. berlalu pergi.Tega dan reda.Kalau suamiku bertindak meninggalkan aku kerana Allah,aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah,mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah.Nabi Ibrahim a.s. rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering-kerontang.Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia,haiwan dan tumbuhan. Ya,itu semua perintah Allah. Demi cinta Khalik yang lebih tinggi dan suci,ditinggalkannya Nabi Ibrahim a.s. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api,kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.

Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan,tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang "meninggalkan" isteri dan anaknya. Kadang-kadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan.Namun apalah pilihan Ibrahim,bila cinta Allah berbicara,cinta yang lain membisu seribu bahasa....

Mengapa hanya kata-kata "apakah semua ini kerana Allah?" yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim a.s.? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan "kenapa sampai hati kau buat begini?" Tidak,ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar dari mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu.....Semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah.Apabila kerana Allah,tenanglah hati Hajar...Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya.Suaminya tidak akan menganiayanya.

Bertemu kerana Allah,berpisah pun kerana Allah.Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin.Dan iktibar buat kita,untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya.Jangan ada "kerana" yang lain.Jika ada yang lain,pasti cinta itu tergugat jua walaupun seteguh mana sekalipun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai.Untuk mengekalkan cinta,ini sahaja prinsipnya - berbuatlah apa sahaja kerana Allah.Lurus,tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.

Nabi ismail a.s.

Sekalipun terpisah,namun cinta Nabi Ibrahim a.s. dan Siti Hajar tidak pernah luntur.Kedua-duanya berpegang kepada asas cinta yang kekal....cintakan Allah.Dan apabila mereka bertemu kembali dalam beberapa tahun kemudiannya,cinta itu teruji lagi.Kali ini Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim a.s. tekad,Ismail mesti dikorbankan.Tetapi bagaimana Siti Hajar?

Siti Hajar teruji lagi.Nilai anak bagi seorang ibu,kadang-kadang melebihi nilai suami kepada seseorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri......

Begitulah kadangkala pakar-pakar psikologi mengungkapkan.

Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar. Sekali lagi "jika itu kehendak Allah" dia pasrah. Dia yakin Allah tidak akan mengecewakannya.Siti hajar rela "kehilangan" anak dan suami berkali-kali.Seperti air zamzam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang,maka begitulah iman yang memperkasa di jiwa Siti Hajar.Sekali lagi dia rela dan tega.

Kasih yang hilang.

Ah! Agungnya sejarah itu.Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar penceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama,mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta.Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu,cinta semakin hari semakin terhakis.Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama,hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri.Isteri sudah bosan dengan tingkah laku suami....Tak berubah-rubah,macam tu juga.Akhirnya,penceraian pun tidak dapat dielakkan lagi.

Mengapa ini berlaku? Jwabnya,kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip "kerana Allah".Rasa syak wasangka,marah melulu,kecewa,jemu,jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila "bukan kerana Allah" menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.

Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah,demi cintaku padanya,begitu pujuk-pujuk hati.Hari demi hari,bulan demi bulan,tahun demi tahun,segala-galanya masih "gitu-gitu" juga. Bila suami sampai dipintu di pintu muka (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka,keluhan atau leteran pun bermula,tidak ada lagi salam berkucup tangan,tidak ada lagi wangian dan haruman,tidak ada lagi jawapan salam yang sopan.....

Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan.Namun isteri buat tidak tahu kerana dihatinya juga ada "dendam".Ah,kau sahaja yang ingin aku berubah,kau pula bagaimana?Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya.Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan,memasak,mengasuh,mengemas dan seribu satu kerja lagi,gerutu hati isteri.

Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah Tingkah lakumu jauh daripada yang kukenal dahulu. Pantang ditegur,egomu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi,setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya!

Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh,apatah lagi masalah yang memang besar. Apabila di hati tidak ada lagi "kerana Allah",rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah......Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi,dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.

Learn together

Dalam hal ini,walau seteruk manapun kerenah pasangan kita,belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.

Kita tidaklah sebaik Ibrahim dan pasangan kita pun tidaklah setabah Siti Hajar....namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata "kerana Allah".Ingatlah, ragam, kerenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain,ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.

Bagaimana menhadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya,ada masalah yang kita "kena hidup dengannya". Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan.......Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita
merintih,merayu dan bergantung kepada-Nya.

Oh,rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia,Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim a.s. dan isterinya Siti Hajar.

Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa! :')


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

2 comments:

nas said...

ermm.panjangnyer entri ko ni fakrul..susah nak khusyuk nak bace..hehehehe..erm..yup...kita knelah sabar dgn kerenah pasangan kita...jangan marah2 jewp..huhu...

FyZa said...

dek..pnjngnya entry nie..huhu