Pages

Thursday, December 16, 2010

Nilai

Nilai pegangan seseorang menentukan apa yang dirasakannya penting dan sangat berharga dalam hidupApa yang penting? Apa yang berharga? Emas? duit? Mungkin.

Aku banyak kali tewas kepada nafsu & salah menilaikan sesuatu benda. Contoh? Solat subuh. Aku ni susah sangat nak bangun. Alarm aku punya lah kuat. Satu rumah pun boleh dengar. Aku bangun untuk tutup alarm je. 

Semua itu menunjukkan dominasi emosi mengatasi logik. Sering kali apa yang kita fikir dan rasa bertentangan. Dan dalam pertentangan ini emosi akan mengatasi logik.  Apakah yang mempengaruhi emosi kita?

Jawabnya, nilai!

Emas & permata atau Iman & Taqwa?

Manusia bertindak melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan emosi bukan logik. Begitulah mengikut hasil kajian pakar-pakar psikologi. Maknanya, apa yang kita rasa itulah yang mendorong kita membuat keputusan dan bertindak, bukan apa yang kita fikirkan. Ini menjelaskan mengapa sesuatu perkara yang telah kita ketahui kebaikannya, tetapi kita gagal melakukannya.

Seseorang yang merasakan solat subuh itu sesuatu yang bernilai berbanding tidur boleh melaksanakan perintah allah tersebut dengan mudah & gembira. Manakala perokok tegar boleh berhenti merokok kalau dia merasakan nilai kesihatannya lebih penting dari membeli rokok.

Nilai menentukan cara hidup.

Dua orang yang mempunyai nilai yang berbeza akan hidup dengan cara hidup yang berbeza.Si A & Si B

Mereka akan memilih kerjaya,membeli rumah,memandu kereta dan memilih jodoh yang saling berbeza.

Si A yang berpegang kepada nilai agama,akan memilih seorang gadis yang menutup aurat,bekerja di firma yang halal perkhidmatan,produk & operasinya,membeli rumah dengan pinjaman di bank yang berlandaskan syariat.

Si B pula yang berpegang kepada nilai keselesaan dan kemewahan akan memilih gadis yang mendedahkan aurat  (asalkan cantik),bekerja dengan gaji yang besar (walaupun dalam firma yang haram) dan membuat urusan kewangannya di bank-bank yang mengamalkan riba. 

Kedua-duanya merasakan diri mereka untung. Betul kah? Tidak. Dalam islam,keuntungan dan kerugian ditimbang atas neraca halal dan haram, pahala dan dosa,keredaan Allah atau kemurkaan-Nya.

Sahabat Rasulullah 

Begitulah yang terjadi kepada Yasir dan Sumayyah yang sanggup mati di hujung tombak kerana memilih iman berbanding kenikmatan dunia dan segala isinya. Kecintaan Khubaib terhadap Rasulullah saw yang mengatasi kesenangan dirinya bersama keluarga sehingga dia berkata, "aku lebih rela mati daripada melihat Rasulullah tercucuk duri." Dari kaca mata dunia, Bilal, Yasir, Sumyyah dan Khabbab adalah manusia yang bodoh dan rugi... tetapi dari kaca mata Islam merekalah yang paling beruntung dan berjaya! Alangkah!

Pelajar

Seseorang pelajar yang merasakan bernilainya setiap kelas yang perlu dihadiri tidak mungkin terfikir untuk ponteng bukan?



Nasihat untuk diri penulis dan pembaca.

6 comments:

FyZa said...

nilai..erm..terpulang pada masing2 utk menikai..setiap org ada nilainya sndiri..nilai x smstnya dikaitkan dgn dt n sebagainya..erm nice entry dek..;)

kiwi said...

erkk..sy dlu slalu je ponteng kelas

Magrib said...

bro.. lama da aku x jenguk blog ko nie.. sorry la beb... anyway.. latest entry ko buat aku termenung kejap... tq la sebab share...

Anonymous said...

yup...btul3...stuju... =)

n@jwamz said...

yup.. betul tuu...
bila emosi yang mengawal diri.. walaupun kita sedar n sedia tahu keburukan sesuatu perkara, kdg2 kita tega melakukannya.. ikut emosi merana jiwa...

Aizat Azizan said...

bagus la ko sedar :)